Malam semalam akhirnya dapat jugak saya balik ke rumah Mama (last saya balik rasanya 24/10). Selesai dinner bersama keluarga, upacara malam itu dihangatkan lagi dengan kehadiran bf ain (Stoppa) dan kami merancang utk pergi makan.(makan lagi) Biasela kalau dah jumpe umur lebih kurang ape lagi mulela keluar topik2 hantu dan sembang bodoh dari kiteorg.
So, most of the time aku dok sakat dieorang la since 2-2 baru start bercinta =). Malam tu jugak aku dapat conclude kan satu perkara :
Initial Part
Perempuan : Suara bukan main lunak lagi, cakap fon kontrol ayu kemain hebat kalah Siti. Bila keluar rumah kalau boleh baju x nak yang berulang2, sanggup pegi beli baju baru dekat Nichi.
Lelaki : Biasela perangai busuk pengotor sume tinggal kat rumah baju sanggup spin 3 kali baju letak softlan berulang2,walhal kalau sebelum ni mak mintak rendam seluar pun, Haram!
lelaki + perempuan : Merupakan merpati dua sejoli yang x boleh dipisahkan langsung. Kalau dipisahkan boleh jadi gaduh.
Fasa 1
Perempuan : Still maintain cun, pakai baju comel lote lagi..part ni dah stat xde connection dengan lelaki lain sebab takut bf yg plg disayangi marah.Makan pun kalau x makan same2 rase mcm nak pitam aje, sggup tunggu perut bergendang janji dpt makan sama2
Lelaki : Adohai manjenye, mate sakit pun mintak gf yg bawak pegi klinik, x nak pergi dgn org lain sebab rasenye masam x secure dengan org lain.
Lelaki + perempuan : x kan miss birthday ,anniversary mahupun ape2 sambutan. Hadiah kad sume mesti ade on the spot. Kire kalau lambat bagi present tu boleh jd gaduh la
Fasa 2 Jeng Jeng Jeng
Mase ni x yah cite la, korang sendiri rasenye pernah mengalami .Da start da perang dunia yg x disangke2, perasaan cemburu marah x dapat dibendung lagi. Toleransi tolak tepi yg penting mari bergaduh sampai mati.
** Ilustrasi di atas ini mungkin dapat disabitkan pada sesetengah individu sahaja, atau separuh darinya hanya kebetulan sahaja. Tapi balik pada pokok jalan ceritanya, pernah tak kite fikir kenapa benda2 macam ni kerap kali terjadi? Salah satu sebabnya mungkin cara kita memulakan perhubungan dan melaksanakan perhubungan itu sendiri x betul. Benda terjadi terlalu cepat dan singkat sehinnga kita menjadi alpa dan melupakan asas2 perhubungan. Dan saya sendiri tidak menafikan certain part jugak telah di alami oleh saya.
Al maklumlah bila tgh bercinta ni semuanya indah2 belaka. Bak kata pepatah org dahulu kala air kencing pun rase 7-up. Bagi sesiapa yg baru mempelajari bahasa malaysia, bukan maksudnye mmg betul rase air kencing tu 7-up tp di gambarkan sahaja keenakan bercinta tu macamlah bes gile nak mati.
Perkara sebegini kebanyakkannya terjadi kepada pasangan di Malaysia yang lazimnya menjadi buah mulut makcik2 yg suka dok bersembang tepi ampaian. Jadi sebagai langkah berjaga2 eloklah mane yg dah terbabas ke fasa 2 ataupun kritikal tu kalau ada masalah cuba balik kepada perkara asal kenapa manusia tu bercinta. Mustahil kalau kita x mengenali insan lain sebab memang sudah tertulis bahawasanya manusia dijadikan berpasang-pasangan. Cuma corak perhubungan itu akan berbeza antara setiap individu dengan individu yang lain.
Happy Reading!
Tips for the day : Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Aku copy and paste je benda ni, walaupun macam geli2 sikit sebab ayat dia jiwang tp comel. Heee .
No comments:
Post a Comment